Silat Kalimah telah dikembangkan oleh seorang pendakwah
atau saudagar arab yang diyakini berasal dari Yaman. Nama
pendakwah atau saudagar itu ialah Syeikh Abdullah Al-Qumairi atau Syeikh
Abdullah Rafaei Qibrari, atau lebih dikenali sebagai Syeikh Tajred.
Beliau merupakan Khalifah ke 30 bagi Tariqat Rifa'iyah. Beliau telah
berdagang hingga ke Ligor iaitu pusat perdagangan Islam yang pertama
pada masa dahulu. Beliau telah singgah di sana dan menyebarkan agama
Islam di Qalha (kini dikenali dengan nama Kedah Darul Aman) kira-kira
9OO tahun yang lampau. Pada ketika itu, Kedah berada di bawah
pemerintahan Phra Ong Mahawangsa dan raja tersebut telah memeluk agama
Islam dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.
Sultan Muzaffar Shah amat tertarik dengan cara penyampaian dakwah Islam yang dibawa Syeikh Tajred dan telah melantik Syeikh Tajred menjadi penasihat di Istana Kedah. Syeikh Tajred kemudiannya berkesempatan mengajar seni mempertahankan diri yang diilhamkan daripada kaedah perbuatan dalam solat, kepada Sultan Muzaffar Shah.
Syeikh Tajred menyatakan bahawa seni Silat Kalimah mempunyai nilai mempertahankan diri yang tinggi, berbeza daripada ilmu mempertahankan diri yang lain. Kerana itulah apabila Sultan Muzaffar Shah menerima ilmu Silat Kalimah ini; ia telah dirahsiakan dan hanya diajarkan kepada keturunan kesultanan Kedah sahaja. Warisan diraja ini berterusan sehinggalah tiba kepada pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin, pada abad ke-19.
Setelah sekian lama Silat Kalimah ini dirahsiakan daripada orang kebanyakan. Dengan kehendak Allah, pada abad ke-19, semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin, telah berlaku suatu penderhakaan di Sungai Tuntung, Krian. Ia dilakukan oleh seorang lelaki berketurunan Batak dari seberang, bernama Tuah (bukan Hang Tuah). Penderhakaan tersebut gagal dibanteras oleh para panglima Kedah sendiri. Sehinggalah Sultan Ahmad Tajuddin mengambil keputusan untuk menurunkan ilmu Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Ismail. Ini bertujuan untuk membanteras penderhakaan Tuah daripada berterusan dan Panglima Tok Ismail mengambil masa 44 hari sahaja untuk khatam dalam pembelajaran.
Setelah mempelajari ilmu Silat Kalimah yang diturunkan oleh Sultan Ahmad Tajuddin. Panglima Tok Ismail telah berjaya menangkap Tuah penderhaka. Tuah kemudiannya dibawa ke Kuala Krian dekat Tanjung. Di tempat inilah Tuah dihukum bunuh dan akibat peristiwa ini, tempat itu digelarkan dengan nama Tanjung Tuah sehingga sekarang. Semasa Panglima Tok Ismail berumur 60 tahun, beliau telah menurunkan ilmu Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Ali dan Panglima Tok Hadi.
Panglima Tok Ali dan Panglima Tok Hadi.
Sekitar tahun 1854, berlaku satu peperangan di antara kerajaan Kedah dan kerajaan Siam. Panglima Tok Ali telah mengetuai bala tentera kerajaan Kedah diikuti oleh Panglima Tok Hadi dan Tengku Md Saad. Peperangan tersebut berakhir dengan kekalahan dialami oleh kerajaan Kedah. Akibat peristiwa ini Panglima Tok Ali telah berkecil hati dan bersumpah tidak akan memijak lagi bumi Kedah. Kekalahan Kedah tersebut berlaku disebabkan oleh kecuaian Tengku Md. Saad yang secara langsung membuatkan Panglima Tok Ali membawa diri ke Batu Bara.
Panglima Tok Rashid
Panglima Tok Rashid dilahirkan di Sedakah, Kedah pada tahun 1863. Beliau mempelajari ilmu Silat Kalimah ini daripada Panglima Tok Ismail sendiri. Semasa perkara ini berlaku, Panglima Tok Ismail pada ketika itu sudah pun lanjut umurnya, namun masih mampu untuk menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Rashid. Pada tahun 1890, telah berlaku satu wabak taun di Sungai Limau Yan, Dulang Besar dan Dulang Kecil. Pada tahun ini juga menyaksikan kehadiran penjajah Inggeris, maka Panglima Tok Rashid dan Panglima Tok Ismail membuat keputusan untuk berhijrah dari Mukim Dulang Yan ke Sungai Tuntung Krian. Akan tetapi sebelum sempat berpindah, Panglima Tok Ismail telah meninggal dunia terlebih dahulu dan jasad Panglima Tok Ismail itu telah disemadikan di sebuah pulau yang terletak di negeri Kedah.
Panglima Tok Rashid kemudiannya telah mengajarkan ilmu Silat Kalimah kepada anak angkatnya iaitu Tok Guru Yahya Said dan turut serta ialah anak lelaki Panglima Tok Rashid sendiri iaitu Tok Bidin. Bukan itu sahaja, beliau juga telah mengajarkan kepada Tok Guru Yahya Said cara-cara membuat ubatan tradisional daripada akar kayu dan pokok-pokok herba di dalam hutan. Apabila Panglima Tok Rashid meninggal dunia, jasad beliau telah disemadikan bersebelahan kubur Panglima Tok Ismail. Pewaris terakhir bagi Panglima Tok Rashid adalah anak angkat beliau iaitu Tok Guru Yahya Said dan Tok Bidin.

Pak Guru Yahya Said
Beliau dilahirkan pada tahun 1903 di
Kuala Kerian, Kedah. Tok Guru Yahya Said adalah anak angkat kepada
Panglima Tok Rashid. Beliau bekerja dengan Panglima Tok Rashid sebagai
seorang pembuat bendang, pembuat atap rumah dan pencari akar kayu untuk
dijadikan adunan ubatan tradisional yang dihasilkan oleh Panglima Tok
Rashid sendiri.
Pada tahun 1923, Tok Guru Yahya
Said adalah orang awam kebanyakan pertama yang mempelajari Silat Kalimah
daripada Panglima Tok Rashid. Rakan seperguruan Tok Guru Yahya Said
adalah anak Panglima Tok Rashid sendiri iaitu Tok Bidin. Apabila tamat
perguruan, beliau bekerja sebagai seorang anggota polis dan tinggal di
Batu Kurau, Perak.
Pada tahun 1938, Tok Guru Yahya
Said mula mengajar Silat Kalimah ini kepada para pemuda di Daerah Batu
Kurau. Diantaranya ialah Haji Awang Salleh, Harun Haji Hussein, Md. Daud
Tok Sujak dan Haji Baharin Haji Ludin dan ramai lagi. Pada tahun 1942,
Yusof Misai dari Bagan Serai, Perak juga telah mempelajari seni Silat
Kalimah ini.
Pada tahun 1949, Tok Guru Yahya
Said telah menamatkan tugasnya sebagai anggota polis. Beliau mula aktif
sebagai penjual ubatan tradisional dan menjualnya ke seluruh pelusuk
Malaysia. Dalam pada itu, Tok Guru Yahya Said telah berkenalan dengan
Yahya Abdullah@Yahya Masulin, Said Ali Abas, Pak Sawir Labeh, Haji Abu
Malik dan Pak Mansor.
Para penjual ubat ini turut mempelajari ilmu Silat Kalimah daripada Tok Guru Yahya Said sendiri, bermula dari tahun 1950.
Pada tahun 1963, seorang pemuda
yang bernama Cikgu Mohd. Zohdi telah berhasrat untuk mempelajari ilmu
Silat Kalimah ini daripada Tok Guru Yahya Said sendiri. Kini beliau
adalah Pak Guru Utama Silat Kalimah Yahya Said dan masih mengajar dan
aktif di dalam mengembangkan Silat Kalimah di sekitar negeri Perak.
Pada suatu masa, Yang Berhormat
Encik Mohd. Khir Johari telah menyatakan bahawa orang Melayu tidak
mempunyai ilmu seni mempertahankan diri yang sebenar. Yang wujud
hanyalah silat tari untuk menyambut pengantin dan hari perayaan. Bermula
dari peristiwa inilah, Tok Guru Yahya Said berazam hendak membuktikan
bahawa orang Melayu turut mempunyai seni mempertahankan diri yang
benar-benar bercorak keislaman dan setanding dengan ilmu mempertahankan
diri yang dimiliki oleh bangsa lain.
Pada tahun 1965, dua adik beradik iaitu Fadil dan Che Ngah telah mempelajari Silat Kalimah daripada Tok Guru Yahya Said.
Kemudian pada tahun 1966, Tok
Guru Yahya Said mengembangkannya di Teluk Piai, Jalan Gunung Kriang
kepada 20 orang pemuda, di Alor Merah seramai 20 orang. Semasa mengajar
di Teluk Wan Jah, seramai 20 orang telah berguru dengan beliau, salah
seorang daripada mereka ialah Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad yang merupakan
pengasas dan Guru Utama Silat Cekak Malaysia.
Pada tahun 1968, Tok Guru Yahya
Said telah mengajarkan ilmu Silat Kalimah kepada Pak Guru Azmi Long dan
Cikgu Ridzuan Long hingga khatam. Tok Guru Yahya Said telah
mengamanahkan Pusaka Parang Lading milik Panglima Tok Rashid kepada Pak
Guru Azmi Long dengan harapan Silat Kalimah akan terus berkembang subur.
Pada
12 hingga 14 Julai, 1973, sebuah Konvensyen Silat Melayu Malaysia yang
pertama telah diadakan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang .
Tok Guru Yahya Said telah
memberikan demonstrasi Silat Kalimah ini kepada para perwakilan dan dari
peristiwa ini beliau telah menerima gelaran Mahaguru. Tok Guru Yahya
Said telah diminta membuat kertas kerja yang lengkap mengenai Silat
Kalimah ini.
Parti
Komunis Malaya (PKM : 1930-1989) telah membangkitkan keadaan darurat di
Malaysia semasa dan selepas pemerintahan British antara tahun 1967
hingga 1989. Pak Yahya Said telah diketahui terlibat dalam membanteras
kegiatan anggota PKM. Salah satu peristiwa berlaku di Ayer Keroh, dimana
Pak Yahya Said berjaya mengatasi serangan dan kepungan PKM sehinggakan
anggota komunis mengalah dan berundur.
Pak Yahya Said juga terkenal semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945.
Sehinggakan pihak tentera Jepun
mencari beliau untuk mempelajari teknik 'mematahkan tangan serangan
pedang'. Dan teknik ini dipercayai diserapkan ke dalam ilmu beladiri
ketenteraan mereka.
Pada tahun 1974, pihak
Pemerintah Angkatan Tentera Malaysia telah mengambil daya usaha
menyelidik dan mempelajari kelebihan Silat Kalimah bagi kegunaan
Angkatan Tentera Malaysia.
Maka pada tarikh 22 Mei, 1974.
Seramai 3 orang jenderal, 5 orang kolonel dan 2 orang leftenan kolonel
antaranya adalah Brigedier Jenderal Yusuf Din, Brigedier Jenderal Mohd
Ghazali Bin Hj Che Mat dan Brigedier Jenderal Wan Ismail. Mereka telah
belajar Silat Kalimah hingga tamat dibawah kelolaan Tok Guru Yahya Said
sendiri.
Pada
tahun 1979 pula, Pak Guru Utama Silat Kalimah iaitu Tok Guru Yahya Said
telah menghembuskan nafas yang terakhir dan jenazah beliau dikuburkan
di Batu Kurau, Perak.
Hingga kini, masih ada lagi
penjual ubat yang mengenali Tok Guru Yahya Said iaitu Pak Mohamad Nasir
di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kamaruddin dan Zubir Duyah di Terengganu
serta Bustani di Kuantan, Pahang. Ismail di Kuala Perlis, Perlis serta
Radin Salleh di Parit Yaani, Batu Pahat, Johor. Selain itu, sahabat Tok
Guru Yahya Said yang masih hidup ialah Tok Penghulu Zakaria yang kini
menetap di Johor Bahru, Johor.
Itulah kisah Tok Guru Yahya Said
yang telah bertindak sebagai pengasas Silat Kalimah moden dan telah
berjaya dalam cita-cita beliau untuk menyahut cabaran bahawa orang
Melayu mempunyai seni silat yang tersendiri.
Pak Guru Azmi Long
Dilahirkan dalam enam adik beradik di
Kedah pada tahun 1934. Dibesarkan oleh ibu beliau yang bernama Fatimah
Binti Mohd Said dan bapanya iaitu Long Bin Ishak yang bertugas di
Pejabat Daerah Kulim, Kedah. Salah seorang adik kepada Pak Guru Azmi
Long yang setia dengan perjuangan Persatuan Silat Kalimah sehingga akhir
hayatnya adalah Allahyarham Cikgu Redzuan Long.
Menerima pendidikan Darjah 1
hingga 4, di Sekolah Melayu Kulim dan terpaksa berhenti belajar
disebabkan oleh penaklukan tentera Jepun ke atas Semenanjung Tanah
Melayu pada tahun 1944. Bapa Guru Utama Cikgu Azmi Long kemudiannya
berjaya meneruskan pendidikan di Sekolah Ibrahim hingga darjah 6.
Pada tahun 1952, beliau mula
bekerja dengan British Army dan ditugaskan di bawah Royal Electrical
Mechanical Engineer (REME) sehingga beliau memiliki Army British Gred 1 -
Certificate of English, British Army.
Pak Guru Azmi Long berbaju kelabu
Beliau menamatkan tugas dari
British Army pada tahun 1959 dan memulakan hidup baru sebagai orang
awam. Pada tahun 1960, beliau memulakan karier baru sebagai penjual ubat
pil tablet (Gain Weight) iaitu pil bina badan. Dan disitulah bermulanya
persahabatan dengan Tok Guru Yahya Said. Hasil dari perkenalan ini,
akhirnya Pak Guru Azmi Long dianggap sebagai anak angkat oleh
Allahyarham Tok Guru Yahya Said sendiri.
Pak
Guru Azmi Long terkenal dengan kemahiran tinju dan gusti semasa beliau
berkhidmat untuk British Army. Tok Guru Yahya Said telah mendedahkan
kelebihan gerak penangkap ilmu Silat Kalimah dan ini menarik minat Pak
Guru Azmi Long untuk belajar. Perguruan tersebut berlangsung secara
senyap tanpa pengetahuan sesiapa pun dan ia berlangsung setiap kali
Cikgu Azmi Long dan Tok Guru Yahya Said bertemu di dalam perjalanan
menjual ubatan tradisional ke serata tempat.
Sehinggalah pada satu ketika
iaitu pada tahun 1968. Perhubungan yang rapat antara beliau dengan Tok
Guru Yahya Said telah menyebabkan Tok Guru Yahya Said berhasrat untuk
menurunkan sepenuhnya ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada beliau.
Maka Pak Guru Azmi Long pun berguru sehingga tamat. Turut serta dalam
perguruan ini ialah adik beliau sendiri iaitu Cikgu Redzuan Long.
YAB Menteri Besar Pahang Dato Mohamad Jusoh yang mengalu-alukan Pak Guru Azmi Long bergiat Aktif di Pahang
Turut diwariskan kepada Pak Guru
Azmi Long, sebilah Pusaka Parang Lading milik Panglima Tok Rashid
sebagai bukti amanah untuk mengembangkan ajaran ilmu Silat Kalimah.
Beliau merupakan penerus kepada Pak Guru Azmi Long. Semasa zaman Azmi Long lagi, silat ini sudah banyak berpecah. Oleh itu, Pak Guru Mohd Zambri tidak berminat untuk bersibuk-sibuk berebut gelaran Guru Utama itu. Tetapi beliau merupakan antara guru yang banyak berjasa. Beliau yang mula-mula membuka lembaran baru Silat Kalimah di Pantai Timur, dengan memulakan karier di Kuantan. Setelah Silat Kalimah sudah lama bertapak di negeri-negeri utara.
Antara keratan akhbar di zaman 70an
Teratak Cikgu Zambri di Bukit Kecil
Cikgu Zambri bersama Mat Lela Pahlawan Pahang
Ketika latihan dalam Polis
Ketika latihan dalam Tentera
Ketika latihan di Maahad Tahfiz Rusila
2002, kali terakhir Pak Guru Azmi Long membuat lawatan ke Terengganu
Paling kiri, Don F. Drager, Presiden Judo Sedunia
Bersama Tan Sri Mahyudin Yassin yang ketika ini ialah Menteri Besar Johor, sambil mendukung anak ke-7, Ikram Rafaei.
D.Y.M.M. Baginda Sultan Johor dan Sultanah Johor berkenan mengabadikan kenangan bersama Pak Guru Zambri (berbaju melayu dan bersongkok) dan rombongannya di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Cikgu Hamid Man bersama rombongan Diraja
Cikgu Hamid Man bersama Dato' Seri Abdullah yang ketika ini belum menjadi Perdana Menteri
Pada tahun 1985, Cikgu Zambri telah membawa Pak Guru Azmi Long mengembangkan Silat Kalimah ke negara Turki.
Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Kamaruddin Mat Amin, Ketua Unit Kokurikulum, b.p Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
Surat perlantikan Pak Guru Zambri
Antara surat-surat rasmi dalam simpanan :
dah nama pon kenangan...tinggal kenangan sajalah....moga belajar sesuatu drpd kenangan...masih belum terlambat utk menilai mana yg hak ;)
ReplyDeleteAssalamualaikum penulis,
ReplyDeletesekarang silat kalimah timbul banyak persatuan darinya...bleh saya tahu yang mana mngikut salasilah perguruan yang sah?
Saudara izzat,
ReplyDeleteTidak di nafikan memang banyak persatuan silat kalimah yg timbul dengan berbagai nama..masing-masing dgn cara tersendiri dan dari pengalaman saya mereka semua bersandar kepada pak yahya said...kalau ada kesempatan jumpalah dengan Pak Zuhdi sendiri di batu kurau...mungkin dapat dia memberi kata nasihat
Shams sabah
Sabah? Ada silat kalimah di sabah??
DeleteSabah? Ada silat kalimah di sabah??
DeletePak guru konon..poyolah!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAsalamualaikum..sekadar ingin bertanya Dan mengetahui..dimanakah tok bidin anak kepada tok Rashid..sesiapa boleh berikan sedikit maklumat Adik bradik tok bid in Dan tinggal di mana ? Serta nama bapa kepada panglima tok Rashid.
ReplyDelete