Wednesday, 22 May 2013

Sahabatmu Impianku

Posted by Unknown On 13:50 | 1 comment

kalau dulu
cerita bercerita
masa lalu
hikayat berlipulara

adapun mereka 
pahlawan
adapun hamba
sawan

mereka tidurnya berguni
aku tidurku berbini
mereka makannya roti besi
aku makanku ayam kambing lembu biri-biri

baju mereka lusuh
bajuku basuh
kapan mereka terbuka
kapanku bersutera

kudaku proton perodua
kuda mereka kuda
malah ada yang berkuda kaki sahaja
kaki tidak berlapik benda

masjid kuberlian
masjid mereka berdahan
lantaiku bermarmar
atap mereka pelepah tamar

ya! mereka serba kurang 
serba tak cukup

benar! aku serba mewah
serba kepingin

tapi mereka rasanya syurga
tapi aku entah syurga atau sebaliknya...
 

1 comment :

  1. Casino & Hotel - MapYRO
    Free real-time driving directions to Casino & Hotel, 의정부 출장샵 87600 남원 출장안마 Casinos Blvd, Southfield, 문경 출장안마 based 경기도 출장마사지 on live traffic 서산 출장샵 updates and road conditions – from

    ReplyDelete